Pages

Friday, December 16, 2011

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)


KATA PENGANTAR

Perkembangan dan pertumbuhan pesat berlaku dalam diri individu
kanak-kanak pada usia enam tahun yang pertama. Melalui asuhan
dan pendidikan yang sesuai, minda kanak-kanak ini dapat
dirangsangkan, sikap dan emosi yang positif dapat dibina, serta
kreativiti dan pemikiran kritikal dapat dijana. Berpandu kepada asas
ini, kanak-kanak ini akan lebih bersedia untuk menghadapi alam
persekolahan pada peringkat yang lebih tinggi. Hasil kajian jangka
panjang mendapati pelaburan pada peringkat awal kanak-kanak
memberi pulangan yang positif kepada kerajaan dan masyarakat.

Pada masa yang sama, semakin banyak hasil kajian neurosains
menunjukkan kaitan antara pendedahan rangsangan pada peringkat
awal dengan perkembangan minda kanak-kanak yang optimum.
Menyedari hakikat ini maka pada tahun 1996, prasekolah telah
dimasukkan ke dalam sistem pendidikan kebangsaan dan pada
tahun 2003 Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang pertama telah
dilaksanakan. Selepas lima tahun pelaksanaan, Kurikulum
Prasekolah Kebangsaan 2003 telah disemak dan akhirnya Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) telah dihasilkan dan
dilaksanakan mulai 2010 di semua prasekolah kerajaan dan bukan
kerajaan.

KSPK digubal berdasarkan rekabentuk kurikulum berasaskan
standard, berbentuk modular, dan berkisar pada enam tunjang yang
akan diteruskan pada sekolah rendah dan sekolah menengah.
Penggubalan KSPK mengambilkira keperluan bagi memastikan
kesinambungan antara KSPK dan Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) berlaku.

KSPK digubal berdasarkan kepada prinsip Amalan Bersesuaian
dengan Perkembangan Kanak-kanak dan teori pembelajaran kanakkanak.
Pendekatan pembelajaran berpusatkan murid, inkuiri
penemuan, belajar melalui bermain, pendekatan bertema,
pendekatan bersepadu adalah ditekankan. Kriteria pemilihan aktiviti
memberi keutamaan kepada pengalaman yang menyuburkan
(enriching),penglibatan aktif (engaging), selamat (safe) dan
menyeronokkan (fun).

Bersesuaian dengan keperluan semasa dan berpandu kepada teori
pembelajaran yang menyatakan kanak-kanak mampu belajar lebih
daripada satu bahasa, maka KSPK memperuntukkan masa yang
lebih panjang untuk pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa
Inggeris berbanding dengan apa yang terdapat dalam Kurikulum
Prasekolah Kebangsaan 2003.
Dalam usaha menyediakan KSPK, pelbagai pihak telah dilibatkan
seperti guru, pensyarah, pegawai dari Kementerian Pelajaran,
Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Jabatan
Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Institusi Pengajian Tinggi
Kerajaan dan Swasta, Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) dan
tadika swasta. Kepada semua pihak yang telah memberikan
sumbangan kepakaran, masa dan tenaga, Bahagian Pembangunan
Kurikulum merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan
terima kasih.

(DATU Dr HJ. JULAIHI HJ. BUJANG)
Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia
2010


MATLAMAT

Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.

OBJEKTIF

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun untuk mencapai objektif dalam aspek jasmani, emosi dan sosial, intelek dan rohani seperti berikut:

i. Membina kecergasan badan.
ii. Mempunyai tubuh badan yang sihat.
iii. Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik.
iv. Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan diri.
v. Menguasai kemahiran motor halus dan asas motor kasar.
vi. Mempunyai kematangan emosi.
vii. Mempunyai konsep kendiri yang positif dan jati diri.
viii. Berani menyuarakan pandangan dan perasaan.
ix. Berkebolehan berinteraksi dengan orang lain.
x. Boleh bekerja secara bersendirian dan juga bekerja secara berkumpulan.
xi. Menghormati perasaan serta hak orang lain dan seterusnya membentuk perhubungan yang positif dengan orang dewasa serta rakan sebaya.
xii. Mengamalkan nilai murni.
xiii. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.
xiv. Berkomunikasi menggunakan bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan bahasa pengantar dalam konteks kehidupan harian.
xv. Meneroka persekitaran menggunakan kemahiran proses sains asas.
xvi. Menggunakan kemahiran matematik asas dalam menjalankan tugasan harian dan menyelesaikan masalah.
xvii. Menggunakan kemahiran berfikir kritis, kreatif dan inovatif dalam pembelajaran dan kehidupan seharian.
xviii. Mengembangkan daya kreatif dan estetika
xix. Menghargai keindahan alam dan warisan budaya


FOKUS

Pendidikan Prasekolah berfokus kepada usaha untuk menyediakan peluang pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Fokus utama adalah proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kanak-kanak, menekankan kepada inkuiri penemuan, dan menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersepadu, bertema, belajar melalui bermain, pembelajaran kontekstual dan pembelajaran berasaskan projek. Prinsip utama yang digunakan adalah pendekatan dan kandungan pembelajaran perlu sesuai dengan peringkat perkembangan kanak-kanak dan mengambil kira perbezaan antara individu. Melalui proses pengajaran dan pembelajaran ini, kanak-kanak akan memperoleh konsep dan kemahiran asas yang akan membantu mereka meneruskan pembelajaran ke sekolah rendah kelak.

ORGANISASI KURIKULUM

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan digubal dengan memberikan penekanan kepada standard kandungan dan standard pembelajaran yang patut diketahui dan boleh dilakukan oleh kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Standard kandungan dan standard pembelajaran berpaksikan pengetahuan, kemahiran asas serta nilai dalam enam Tunjang Pembelajaran berikut: Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Sains dan Teknologi; Perkembangan Fizikal dan Estetika serta Perkembangan Ketrampilan Diri (rujuk Rajah 1). Untuk tujuan kesinambungan, Tunjang-tunjang Pembelajaran ini adalah sama dengan tunjang yang difokuskan dalam pendidikan sekolah rendah.


Tunjang Komunikasi

Tunjang ini terdiri daripada Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris adalah wajib dipelajari oleh semua murid prasekolah. Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dipelajari oleh murid di prasekolah yang beraliran bahasa Cina dan bahasa Tamil.
Fokus utama Tunjang Komunikasi adalah Kemahiran Bahasa dan Seni Bahasa. Kemahiran Bahasa merangkumi kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Bahan yang digunakan perlu sesuai dengan peringkat perkembangan kanak-kanak. Seni Bahasa merujuk kepada keupayaan murid mengungkap keindahan bahasa melalui kepelbagaian aktiviti dan permainan bahasa seperti drama dan sajak.

Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai

Tunjang Kerohanian, sikap dan nilai merangkumi pendidikan Islam dan pendidikan Moral. Pendidikan Islam dipelajari oleh murid beragama Islam selama dua jam seminggu. Pendidikan Moral dipelajari oleh murid lain selama dua jam seminggu.
Pendidikan Islam
Pendidikan Islam memberi pengetahuan dan kemahiran asas tentang Rukun Iman, Rukun Islam, Sirah Rasulullah dan Kalimah Syahadah. Murid prasekolah belajar bersuci, berwuduk, melakukan pergerakan solat, mencontohi beberapa akhlak Rasulullah dan melakukan amalan harian mengikut adab. Pada masa yang sama murid ini juga mengenal asas bahasa Al Quran, huruf hijjaiyah dan Jawi serta menghafaz beberapa surah pendek dan doa pilihan. Pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam dijalankan melalui aktiviti seperti bercerita, simulasi, menyanyi, bernasyid, aktiviti hands-on, meneroka dan bermain.

Pendidikan Moral
Pendidikan moral prasekolah memberi fokus kepada pelakuan moral yang dipupuk secara berterusan sepanjang masa murid berada di prasekolah. Pendidikan moral tidak dijalankan melalui aktiviti yang spesifik tetapi diterapkan melalui kesemua aktiviti yang dijalankan dalam prasekolah. Nilai-nilai murni Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan adalah seperti berikut: kepercayaan kepada Tuhan, baik hati, bertanggungjawab, berterima kasih, hemah tinggi, hormat-menghormati, kasih sayang, keadilan, keberanian, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, toleransi, berdikari dan berdisiplin.

Tunjang Ketrampilan Diri - Perkembangan Sosioemosi

Pendidikan prasekolah memberi penekanan kepada perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Kanak-kanak akan menghadapi masalah di prasekolah dan juga di sekolah rendah kelak jika sosioemosi mereka kurang stabil dan mantap. Perkembangan sosioemosi merangkumi aspek mengenali dan mengurus emosi sendiri, pencapaian emosi yang positif, pembinaan konsep kendiri positif serta pembinaan kemahiran berinteraksi dan kemahiran sosial. Perkembangan sosioemosi berlaku sepanjang masa kanak-kanak berada di prasekolah, ia tidak dicapai melalui aktiviti spesifik tetapi menerusi kesemua aktiviti sama ada aktiviti rutin, semasa rehat, semasa makan dan juga aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lain.


Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika

Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetik merangkumi Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan serta

Perkembangan Kreativiti

Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan
Kanak-kanak pada peringkat prasekolah memerlukan aktiviti yang menguatkan kawalan otot mereka. Aspek perkembangan fizikal adalah amat penting di prasekolah kerana tanpa perkembangan fizikal yang mantap kanak-kanak akan menghadapi masalah dalam melakukan aktiviti seperti memegang pensel atau berus untuk menulis dan melukis, penglibatan dalam aktiviti sukan, aktiviti memainkan peralatan muzik serta pengendalian peralatan. Pendidikan prasekolah menyediakan peluang pembelajaran untuk meningkatkan kemahiran motor halus, kemahiran motor kasar serta kordinasi mata-tangan di kalangan kanak-kanak ini. Perkara yang dirangkumi termasuk teknik yang betul untuk melompat, menyambut objek, membaling objek serta postur yang betul semasa duduk.

Tunjang ini juga memberi penekanan kepada pembinaan amalan penjagaan kesihatan fizikal diri, kebersihan persekitaran dan pemakanan yang berkhasiat. Tabiat yang dibina akan memanfaatkan kanak-kanak ini sepanjang usia mereka. Secara lazimnya kanak-kanak yang mempunyai badan yang sihat dapat memberi tumpuan yang lebih baik kepada pembelajaran dan mempunyai konsep kendiri yang positif. Tunjang ini juga menekanan aspek keselamatan diri daripada sumber yang mungkin menyebabkan kemalangan dan bahaya kepada diri mereka termasuk langkah menjaga kehormatan diri.

Perkembangan Kreativiti

Perkembangan kreativiti merangkumi seni visual, pendidikan muzik serta drama dan gerakan kreatif. Tunjang ini lebih menekankan proses daripada produk. Kanak-kanak diberi peluang untuk menzahirkan idea mereka secara kreatif dan melibatkan diri dalam aktiviti kreativiti.
Fokus seni visual adalah pada aplikasi seni, ekspresi kreatif dan apresiasi. Aplikasi seni merujuk kepada proses mengenal dan memilih bahan yang diperlukan untuk menghasilkan sesuatu karya. Ekspresi kreatif adalah proses penghasilan karya.
Apresiasi seni melibatkan proses menceritakan hasil kerja sendiri dan juga menunjukkan penghargaan terhadap keindahan persekitaran serta hasil kerja orang lain.
Pendidikan Muzik merangkumi aktiviti menyanyi, pengalaman awal untuk memainkan perkusi, penghasilan muzik menerusi bahan atau objek improvisasi, dan apresiasi muzik.
Drama dan Gerakan Kreatif merangkumi aktiviti drama dan gerakan kreatif di mana murid diberi peluang untuk main peranan, berlakon, menari dan membuat gerakan secara kreatif.
Aktiviti tunjang ini bukan sahaja digunakan untuk meningkatkan daya kreativiti tetapi juga digunakan untuk mencapai objektif pembelajaran tunjang lain. Aktiviti menyanyi dan pergerakan kreatif sentiasa digunakan semasa pembelajaran bahasa, matematik dan lain-lain.

Tunjang Sains dan Teknologi – Awal Sains dan Awal Matematik

Tunjang Sains dan Teknologi merangkumi awal sains, awal matematik, aktiviti pembinaan menggunakan objek seperti blok dan penggunaan ICT.

Awal Sains
Awal Sains menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam sekitar mereka menggunakan organ deria dan peralatan mudah. Dalam proses penerokaan ini, sikap saintifik yang positif seperti sifat ingin tahu, sistematik dan teliti akan terbentuk. Semasa proses penerokaan ini, kemahiran asas proses sains seperti kemahiran memerhati, mengukur menggunakan unit bukan piawai, membanding dan mengelas juga akan dikembangkan. Penerokaan dijalankan ke atas alam hidupan(contoh: tumbuhan, haiwan), alam bahan (contoh: objek yang tenggelam dan timbul, air, magnet) dan alam fizikal (contoh: pelangi,cuaca). Tunjang ini lebih mementingkan penguasaan kemahiran daripada pemerolehan pengetahuan. Guru perlu bersikap terbuka terhadap pandangan dan dapatan daripada hasil penerokaan murid.
Awal Sains menyediakan peluang kepada kanak-kanak empat hingga enam tahun untuk membuat pembinaan menggunakan objek seperti blok. Aktiviti pembinaan ini bukan sahaja memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mempelajari konsep penghubung, lingkungan serta awal matematik tetapi untuk meningkatkan daya kreativiti murid dan kemahiran motor halus.

Awal Matematik
Awal Matematik membekalkan pengalaman awal matematik kepada murid prasekolah. Pengalaman ini termasuk konsep pranombor, nombor, operasi nombor yang mudah, nilai wang, konsep waktu, bentuk dan ruang. Konsep matematik ini dipelajari pada masa yang khas dan juga disepadukan ke dalam semua aktiviti pembelajaran bertema menggunakan kaedah yang menyeronokkan.
Tunjang Sains dan Teknologi juga menyediakan peluang kepada murid prasekolah menggunakan komputer untuk melakukan tugasan tertentu. Penggunaan komputer adalah di tahap kemahiran asas sahaja.

Tunjang Kemanusiaan

Tunjang Kemanusian memberi peluang kepada kanak-kanak supaya lebih memahami diri sendiri, lebih memahami perhubungan antara diri dengan keluarga, rakan, komuniti dan alam sekitar. Kanak-kanak juga akan lebih memahami tanggungjawab diri dalam perhubungan-perhubungan ini. Tunjang ini juga memberi penekanan kepada pemahaman budaya dan tradisi pelbagai kaum di Malaysia serta menggalakkan penglibatan dalam perayaan pelbagai kaum ini.
Tunjang Kemanusian menggariskan skop dan konteks pembelajaran di prasekolah. Kandungan dalam tunjang ini boleh digunakan untuk membina tema-tema pembelajaran.
Modul Asas dan Modul Bertema
Pendidikan prasekolah dilaksanakan melalui modul asas dan modul bertema.

Modul Asas

Modul Asas merangkumi Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina(untuk prasekolah yang aliran bahasa Cina), BahasaTamil(untuk prasekolah yang aliran bahasa Tamil), Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Matematik dan Permainan Luar.
Secara umumnya modul asas bertujuan untuk penguasaan literasi awal 4M (membaca, menulis, mengira, menaakul). Modul teras juga merangkumi Pendidikan Islam yang perlu diajar oleh guru agama yang bertauliah. Pendidikan Moral diajar semasa murid beragama Islam belajar Pendidikan Islam, maka ia perlu dikelaskan sebagai modul teras asas. Kanak-kanak pada umur ini perlu diberi waktu khas untuk aktiviti fizikal di luar, maka Aktiviti Luar juga dianggap sebagai modul teras asas.

Modul asas diberi masa yang khas dalam jadual waktu prasekolah. Pada awal tahun modul asas mengambil masa lebih kurang 35% daripada waktu prasekolah, tetapi pada akhir tahun, peratus masa ini mungkin berkurangan jika murid didapati sudah menguasai kemahiran asas 4 M.

Modul Bertema
Pengajaran dan pembelajaran prasekolah sesuai dilaksanakan melalui tema yang membawa makna kepada kanak-kanak. Modul Bertema menyepadukan kesemua tunjang dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan termasuk juga bahasa, pendidikan moral dan matematik. Pada awal tahun, modul teras tema mengambil masa lebih kurang 35% masa prasekolah tetapi pada akhir tahun, peratus masa perlu dinaikkan.

Guru boleh menentukan tema pembelajaran mengikut keperluan murid, keperluan setempat dan keperluan semasa. Walaubagaimanapun, adalah dicadangkan tema-tema ini dibina berdasarkan kategori berikut: Diri saya, Negara saya, Alam Hidupan, Alam Bahan dan Alam Fizikal. Contoh tema yang boleh dibina untuk Diri saya adalah Sekolah saya, Kawan saya, Keluarga saya. Contoh tema yang boleh dibina untuk Negara saya adalah Perayaan Hari Raya, Kemerdekaan Negara, Lagu dan Muzik tradisional. Contoh tema yang boleh dibina untuk Alam Hidupan adalah Haiwan dan Tumbuhan. Contoh tema yang boleh dibina untuk Alam Bahan adalah Air dan Pakaian. Contoh tema yang boleh dibina untuk Alam Fizikal adalah Cuaca.

Aktiviti rutin
Aktiviti rutin adalah penting dalam pendidikan prasekolah. Aktiviti rutin merangkumi aktiviti seperti pengurusan diri, perbualan pagi, refleksi sebelum balik, membaca doa dan makan semasa rehat. Aktiviti rutin mengambil lebih kurang 30% daripada masa prasekolah. Kandungan dalam aktiviti rutin merangkumi kesemua tunjang dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

REKABENTUK KURIKULUM
Dua ciri utama Kurikulum Prasekolah Kebangsaan adalah kurikulum berasaskan standard dan kurikulum berbentuk modular.

Kurikulum Berasaskan Standard
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dibangunkan berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid. Tujuan utama penetapan standard adalah untuk ekuiti dan kualiti. Ekuiti membawa maksud semua murid diberi peluang pendidikan yang sama, kualiti membawa maksud bahawa semua murid perlu diberi pendidikan yang berkualiti. Lantaran matlamat kurikulum berasaskan standard adalah untuk memberi pendidikan berkualiti yang sama kepada semua murid.

Standard Kandungan merupakan penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan. Ia merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Standard Pembelajaran merupakan satu penetapan kriteria atau indikator pencapaian dalam bentuk objektif tingkahlaku (behavioural) untuk memastikan pencapaian setiap standard kandungan.
Kurikulum Berbentuk Modular

Kurikulum yang berbentuk modular merupakan satu kurikulum yang kandungannya diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit,bahagian atau unit ini dinamakan modul.
Dua jenis modul diwujudkan, iaitu Modul Asas dan Modul Bertema.

Modul Asas
Modul Asas terdiri daripada Komponen Bahasa (Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil), Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Permainan Luar dan Matematik. Waktu yang khas diperuntukkan untuk pengajaran setiap komponen ini.

Modul Bertema
Modul Bertema merupakan modul bersepadu yang merangkumi unsur-unsur dalam keenam-enam Tunjang dan juga unsur kreatif, kritis dan inovatif. Modul Bertema dibina menggunakan isu kehidupan seharian kanak-kanak.
Teori Pembelajaran yang dijadikan fokus

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dibina berlandaskan prinisip Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan dan teori pembelajaran konstruktivisme di mana:
Murid membina pengetahuan sendiri, pengajaran tidak dijalankan secara spoon feeding.
Murid diberi peluang untuk berfikir dan menyelesaikan masalah.
Perbezaan individu dibenarkan.
Murid belajar mengikut kadar sendiri.
Guru mengajar dengan mengaitkan pengalaman seharian murid.

Monday, December 12, 2011

Science Camp ,themed :Angry Bird



Fun, hands on ,meaningful and  real experiences science's activities!


(more photos view FBfanpage)
























Saturday, December 10, 2011

Happland


OUR PHILOSOPHY

Happyland is committed to provide a careful planned, stimulating environment which helps children to develop within themselves, the fundamental habits, attitudes, skills and ideas which are vital and essential for a lifetime of creative thinking and learning. We believe that:


* Children have the power to educate themselves;


* Children learn best when they do so at their own pace;


* Children need to make their own discoveries;


* Children learn when they are interested;


* Children need to develop concentration;


* Children learn by doing;


* Children need praise and encouragement;


* Mistakes are an opportunity for learning;


* Repetition is important in children’s learning;


* Children learn best when they have chosen an activity themselves.

OUR PROGRAMS

(A) Thematic Integrated Child-centered Program (TIC) Our curriculum is specially designed to coach children in adapting to the local Chinese primary school, private school, and international school. We respect the children’s needs for learning through concrete and hands-on experience. Therefore, we have designed a developmentally appropriate program for children of different age groups by using Thematic Approach.


This program will integrate the following six main areas of learning:


• Knowledge and understanding of the worldThis area includes children’s developing knowledge and understanding of the environment, other people and features of the natural and man-made world to provide a foundation for historical, geographical, scientific and technological learning.


• Personal and social development--Children learn how to get along well with their peers and adults in the school. They learn about other cultures and religions and learn to respect each other.


• Language and literacy--Children develop skills in speaking, listening, reading and writing in English Language, Bahasa Malaysia and Mandarin. Children need personal and hands-on experiences that are motor skills related to learn a particular language. Visual and expressive arts form when integrated with language learning will involve children actively in their learning process.


• MathematicsIn the early years, we attempt to interest a child in environmental mathematics. In the process, we bring about the development of Lower Order Thinking Skills, e.g. classifying, comparing, ordering, and patterning, measuring, counting and problem-solving with numerals. Children will also acquire Mathematical concepts and knowledge in their learning process.


• Physical DevelopmentChildren develop fine manipulative skills (ability to control finger movements) and gross motor skills (control of big physical movements and spatial awareness) both indoors and outdoors.


• Creative DevelopmentChildren develop imagination and the ability to express themselves creatively through play, art and craft, and music and movement activities in the school. 

(B) Montessori Program
 Montessori Program involves:



1. Practical LifeTeach children skills such as pouring, sorting, cutting, sewing, buttoning shirt, tying shoes laces etc. Children will develop muscular coordination, concentration and independence through these exercises. The materials are also carefully designed and demonstrated to help teach skills involved with caring for the environment and the self, to encourage responsibility, autonomy and to promote high self-esteem.


2. Sensorial --Dr. Montessori saw the senses as the "doorway to the mind." She considered sensory and manipulation not only an aid to the development of maturing sense organs (eyes, ears, nose, tongue and skin) but a starting point for the intellectual growth.


They are then better prepared for future learning in math, language, and science and making sense of life's experiences and information in general. The sensorial materials are specially designed in the way, which enable children to build cognitive efficacy by touching, seeing, smelling, tasting, listening and exploring the physical properties of their environment. (

C) Toddler Program
 



The toddler sessions offer a routine of circle time, work time, snack time, story telling and music and movement. During the work time the children choose activities of interest from the prepared indoor & outdoor environments.


Teachers are encouraged to work with these children at his/her level, respecting their choices & movements between activities. The teacher’s role is to stimulate the child’s’ natural love of learning through exploration & she will guide the children in the use of the materials provided.


This program is also designed for those older children (2 ½) who may not yet be toilet trained or ready for separation from their parent but are looking for a more structured environment. 

(C) Extra Curriculum
 



• Art and Craft
• Music and Movement
• Piano Class
• Parents and children baking class

MOTTO

Always in the service of children, then you'll never go wrong